Bengkel 'Responsible Conduct Of Research' | PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN
» AKTIVITI » Bengkel 'Responsible Conduct of Research'

AKTIVITI

Tajuk Acara
Bengkel 'Responsible Conduct of Research'
Tarikh
26 Jul 2018 - 26 Jul 2018
Masa
09.30 - 12.30
Lokasi
Makmal Komputer 1, Aras 3, Pejabat TNCPI (White House)
Ringkasan Acara
Adalah dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) akan mengadakan Bengkel 'Responsible Conduct of Research' pada 26 Julai 2018 bertempat di Makmal Komputer 1, Aras 3, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Universiti Putra Malaysia.

Bengkel yang sangat interaktif dan menarik ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peranan yang dimainkan oleh para penyelidik dalam ekosistem penyelidikan yang kompleks, norma-norma profesional dan kaedah terbaik sebagai garis panduan. Penceramah jemputan ialah Dr. Chau De Ming dan Prof. Madya Dr. Thahira Begum.

Sukacita dengan ini pihak YBhg. Dato'/Datin/Prof./Tuan/Puan selaku Timbalan Dekan (Penyelidikan) / Timbalan Pengarah dijemput hadir sebagai peserta bersama-sama seorang pensyarah di PTJ masing-masing ke Bengkel 'Responsible Conduct of Research' tersebut (setiap fakulti dihadkan kepada 2 orang peserta sahaja).

Maklumbalas kehadiran (nama, no. telefon, dan alamat emel) perlu dikemukakan kepada pihak sekretariat: mohdazman@upm.edu.my dan aduwati@upm.edu.my selewat-lewatnya pada atau sebelum 19 Julai 2018 (Khamis).

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Mohd Azman di talian 03-89471653

Kemaskini:: 06/09/2018 [nsyahirah]

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-8947 1610
0389451596
C1542277528