MAJLIS APRESIASI PENYELIDIKAN 2016 (MAP 16) | PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN
» ARTIKEL » MAJLIS APRESIASI PENYELIDIKAN 2016 (MAP 16)

MAJLIS APRESIASI PENYELIDIKAN 2016 (MAP 16)

Pada 20 Oktober 2017, Majlis Apresiasi Penyelidikan 2016 (MAP 2016) telah diadakan di Auditorium Putra, Bangunan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), UPM.  Seramai 114 penerima , dalam kalangan pensyarah dan penyelidik, telah menerima pelbagai kategori Insentif. Majlis anjuran Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), UPM, ini yang juga baru pertama kali diadakan pada tahun ini, bertujuan untuk menghargai komitmen penyelidik UPM dalam menjadikan penyelidikan UPM hebat di mata dunia.

Sebanyak empat kategori Insentif telah disampaikan oleh Yang Berbahagia, Prof. Dato’ Dr. Husaini Omar,  Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), UPM iaitu Insentif Geran Putra Terbaik, Insentif Makalah Jurnal, Insentif PTJ Terbaik, dan Insentif Research Centre of Excellence (RCoE) Terbaik. Kesemua penerima insentif telah menerima sijil penghargaan dan juga geran penyelidikan.

Pada majlis tersebut, turut dilancarkan wajah baru majalah penyelidikan, ‘Synthesis’ yang berbentuk atas talian, oleh Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) , UPM. Majalah berbentuk atas talian ini bakal menampilkan intipati penyelidikan yang menarik dan mudah diakses oleh pembaca.

Turut berlaku, Sesi Penyerahan Tugas kepada Timbalan Pengarah (Geran Penyelidikan), oleh Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) yang baharu. Prof. Madya Dr. Azmawani Abd Rahman telah dilantik sebagai Timbalan Pengarah (Geran Penyelidikan),berkuatkuasa 3 Oktober 2017, menggantikan Prof. Madya Dr. Suhaimi Napis, Timbalan Pengarah (Geran Swasta dan Antarabangsa) dan Prof. Dr. Taufiq Yap Yun Hin, Timbalan Pengarah (Geran Awam).

Syabas dan Tahniah semua !

Tarikh Input: 31/10/2017 | Kemaskini: 07/11/2017 | noridahanim

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-8947 1610
0389451596
C1544511254