| PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN

PERKHIDMATAN SUNTINGAN MANUSKRIP OLEH ENAGO UNTUK PENYELIDIK UPM

Ringkasan Artikel

Harga eksklusif kepada penyelidik dan staf Universiti Putra Malaysia.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Untuk makuman, Enago Academy telah menawarkan perkhidmatan suntingan manuskrip penyelidikan kepada pihak UPM dengan harga yang lebih rendah daripada yang ditawarkan kepada pihak luar. Sehubungan dengan itu, satu persefahaman telah dirancang bersama pihak Enago untuk melayakkan penyelidik UPM menikmati tawaran istimewa ini dalam meningkatkan keterlihatan penerbitan penyelidik UPM di High-Ranking Journal (Q1-Q4). Tempoh tawaran perkhidmatan ini akan berakhir pada 13 Februari 2021.

Enago Academy adalah badan profesional antarabangsa yang dipercayai dalam bidang perkhidmatan pengarang kepada komuniti global. Sejak penubuhannya pada tahun 2005, Enago Academy telah bekerjasama dengan universiti dan institusi lain di lebih daripada 125 buah negara untuk meningkatkan komunikasi dalam penyelidikan dan membantu penerbitan penglihatan dalam jurnal berimpak tinggi.

Manfaat perkhidmatan:

  • Harga eksklusif kepada penyelidik dan staf Universiti Putra Malaysia.
  • Satu portal khas disediakan untuk penyelidik UPM bagi kemudahan perkhidmatan yang disediakan. Portal ini juga boleh diakses 24 jam.
  • Pihak Enago akan memastikan perkhidmatan diberikan berdasarkan waktu yang telah ditetapkan.

 

Sila layari portal berikut untuk menggunakan perkhidmatan Enago: https://www.enago.com/universiti-putra-malaysia/

 

(RMC UPM tidak menyediakan kemudahan kewangan untuk suntingan manuskrip. Penyelidik boleh menggunakan geran penyelidikan namun tertakluk kepada garis panduan geran yang berkenaan.)

SXDdVAM~