Meraikan Majlis Perpisahan Prof Madya Dr. Azmawani Abd Rahman & Pn Zaihan Yazid | PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN
» BERITA » Meraikan Majlis Perpisahan Prof Madya Dr. Azmawani Abd Rahman & Pn Zaihan Yazid

Meraikan Majlis Perpisahan Prof Madya Dr. Azmawani Abd Rahman & Pn Zaihan Yazid

Pada 12 & 14 September 2018, Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) telah mengadakan majlis meraikan perpisahan Prof Madya Dr. Azmawani Abd Rahman, Timbalan Pengarah Bahagian Penyelidikan yang akan bertukar ke Pejabat Strategi Korporat Dan Komunikasi (Coscomm) yang berkuatkuasa pada 15 September 2018 sebagai pengarah. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) iaitu Prof. Dr. Zulkifli Idrus serta Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan, Prof Dr Mohammad Hamiruce Marhaban. Disamping itu RMC juga meraikan salah seorang staf bahagian geran penyelidikan iaitu Pn. Zaihan Yazid yang akan bersara pada 18 Oktober 2018.

Pihak RMC ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas di atas lantikan tersebut dan selamat maju jaya kami ucapkan kepada Prof Madya Dr. Azmawani Abd Rahman dan selamat bersara kepada Pn Yazid. Semoga kenangan di RMC tidak dilupakan dan menjadi kenangan manis buat mereka.

 

 

Tarikh Input: 18/09/2018 | Kemaskini: 18/09/2018 | engkuliyana

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1610
03-9769 1610
SXEaGAU~