Naib Canselor UPM Menggalakkan Pelajar Pascasiswazah Baharu Antarabangsa Untuk Menerokai Hospitaliti Malaysia Senarai Berita Naib Canselor UPM Menggalakkan Pelajar Pascasiswazah Baharu Antarabangsa Untuk Menerokai Hospitaliti Malaysia | PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN
» BERITA » Naib Canselor UPM Menggalakkan Pelajar Pascasiswazah Baharu Antarabangsa Untuk Menerokai Hospitaliti Malaysia Senarai Berita Naib Canselor UPM Menggalakkan Pelajar Pascasiswazah Baharu Antarabangsa Untuk Menerokai Hospitaliti Malaysia

Naib Canselor UPM Menggalakkan Pelajar Pascasiswazah Baharu Antarabangsa Untuk Menerokai Hospitaliti Malaysia Senarai Berita Naib Canselor UPM Menggalakkan Pelajar Pascasiswazah Baharu Antarabangsa Untuk Menerokai Hospitaliti Malaysia

SERDANG26 Sept – Naib Canselor UPM, Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris, menyuarakan asapirasi beliau untuk melihat pelajar terutamanya pelajar antarabangsa menerokai hospitaliti Malaysia, dalam ucapan beliau sempena majlis mengangkat sumpah bagi pelajar pascasiswazah baharu di Sekolah Pengajian Siswazah (SGS), Universiti Putra Malaysia (UPM).

Beliau juga memperlihatkan bagaimana konsep faham pelbagai budaya merupakan bahagian Malaysia yang unik dan bagaimana negara ini merupakan rumah kepada ratusan perayaan yang berwarna-warni.

Prof Aini juga menekankan peranan universiti dalam melaksanakan penyelidikan dan menyebarluaskan dapatan kajian tersebut kepada masyarakat.

“Kita juga mesti memastikan bahawa penemuan penyelidikan diterima, dihargai dan dipercayai oleh dunia,” beliau selanjutnya menerangkan.

Tambahan lagi, beliau mengingatkan pelajar baharu antarabangsa  terhadap kepentingan keghairahan  dalam bidang pengajian mereka kerana beliau percaya bahawa keghairahan mewujudkan keterujaan dalam pengambilan tindakan.

Sejumlah 1,193 orang pelajar pascasiswazah menghadiri majlis mengangkat sumpah tersebut.

1,296 orang pelajar mendaftar dengan SGS bagi sesi akademik  2017/2018 dengan  336 orang calon PhD  dan 933 orang pelajar master. Daripada jumlah tersebut, 541 orang ialah pelajar lelaki manakala selebihnya ialah pelajar perempuan.

“Daripada jumlah pelajar baharu 25% atau 299 pelajar baharu ialah pelajar antarabangsa dengan majoritinya adalah dari Nigeria, Iraq dan China” ujar Dekan SGS , Prof. Dr. Robiah Yunus.

Yi Li, pelajar baharu antarabangsa dari China yang melanjutkan ijazah Masternya dalam Pengurusan Perniagaan menyifatkan  UPM sebagai pilihan utamanya disebabkan oleh ranking dan reputasi universiti yang tinggi sebagai universiti awam di Malaysia.

“Ranking impresif UPM memberikan saya prospek yang baik ,” ujar Yi Li.

Manakala Raditya Najmi dari Indonesia, menyatakan bahawa program Master yang ditawarkan UPM memberikannya peluang yang tinggi untuk menggunakan dapatan kajiannya dalam industri yang relevan.

Najmi, bekas pelajar bacelor UPM, melanjutkan pengajian Master dalam bidang Keselamatan Makanan. Dia mempercayai bahawa terdapat banyak projek yang impresif dan juga skop yang luas yang amat membantu majornya, di sini di UPM.

Pendapat yang serupa telah dinyatakan oleh  Eugene Tuoboreoge, pelajar  Master dari Nigeria, major dalam Kejuruteraaan Perisian . Dia mempercayai bahawa UPM berupaya untuk memberikan peluang yang lebih luas dan lebih besar bagi pelajar untuk berinovasi dan berkembang.

Mengikut Eugene, UPM mempunyai persekitaran yang kondusif dan menyokong supaya pelajar berupaya memberikan tumpuan pada pengajian mereka. Dia juga yakin bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang sesuai bagi sebarang bentuk bidang komersial dengan struktur ekonominya yang progresif.

Samea, pelajar baharu PhD dari Iraq, major dalam Kesihatan Alam Sekitar mempunyai alasan lain dalam pemilihan UPM bagi melanjutkan pengajiannya. Dia memilih UPM disebabkan persekitarannya yang mesra, juga disebabkan dia mempunyai ramai rakan di sini dan rasa seperti berada di negaranya sendiri.

“Saya sangat suka akan orang di sini, dan juga persekitarannya; Saya dapat rasa tempat ini akan memberikan saya peluang yang lebih baik lagi,” ujarnya.

Kemaskini:: 11/10/2017 [noridahanim]

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389471601
0389451596
C1513135728