Tan Sri Prof. Emeritus Anuwar Ali Dilantik Pengerusi Lembaga Pengarah UPM | PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN
» BERITA » Tan Sri Prof. Emeritus Anuwar Ali dilantik Pengerusi Lembaga Pengarah UPM

Tan Sri Prof. Emeritus Anuwar Ali dilantik Pengerusi Lembaga Pengarah UPM

SERDANG, 1 Ogos - Tan Sri Prof. Emeritus Anuwar Ali dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Putra Malaysia (UPM) mulai 1 Ogos 2017 hingga 31 Julai 2020.

Pelantikan beliau telah diperakukan oleh Menteri Pendidikan Tinggi dalam surat yang ditandatangani oleh Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi, Datin Paduka Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir.

Tan Sri Anuwar menggantikan pengerusi terdahulu, Tan Sri Dato’ Prof. Emeritus Dr. Syed Jalaluddin Syed Salim yang tamat tempoh perkhidmatannya pada 31 Julai 2017. Tan Sri Syed Jalaluddin telah memegang jawatan Pengerusi Lembaga Pengarah UPM selama sembilan tahun sejak 1 Julai, 2008.

Tan Sri Anuwar kini merupakan Penasihat Kanan di Open University Malaysia (OUM) pada 1 Januari 2016 setelah beliau berkhidmat sebagai Presiden/Naib Canselor di universiti tersebut selama 12 tahun.

Naib Canselor UPM, Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris berkata warga UPM mengalu-alukan pelantikan tersebut dan yakin Tan Sri Anuwar mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik demi kecemerlangan UPM di persada nasional dan antarabangsa.

“Mewakili warga universiti, kami juga merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih tidak terhingga kepada Tan Sri Syed Jalaluddin yang telah banyak menyumbang bakti dan fikiran yang bernas demi kecemerlangan UPM yang dinikmati selama ini,” kata Prof. Aini.

Tarikh Input: 22/08/2017 | Kemaskini: 22/08/2017 | noridahanim

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1610
03-9769 1610
SXEYAAv~