UPM Anjur Seminar Kerintangan Antimikrob Untuk Penternak Ruminan | PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN
» BERITA » UPM anjur seminar kerintangan antimikrob untuk penternak ruminan

UPM anjur seminar kerintangan antimikrob untuk penternak ruminan

SERDANG - Komuniti penternak ruminan didedahkan dengan masalah kerintangan antimikrob dan impaknya kepada kesihatan haiwan dan manusia dalam seminar ‘Kesedaran Tentang Kerintangan Antimikrob di kalangan Penternak Ruminan’.

“Isu kerintangan antimikrob ini merupakan isu global yang dikongsi bersama manusia dan haiwan yang disebabkan oleh peningkatan populasi bakteria yang tahan antimikrob. Jika isu kerintangan ini tidak ditangani, Ini akan menyebabkan sesuatu jangkitan penyakit tidak boleh diubati dengan antimikrob (antibiotik), seterusnya meningkatkan kos perubatan, masa pemulihan yang panjang dan juga boleh menyebabkan kematian.

“Antimikrob dilihat sebagai ubat yang penting dalam perubatan veterinary. Peranan penternak memastikan masalah ini terkawal adalah sangat penting melalui penggunaan antimikrob secara berhemah ke atas haiwan ternakan mereka, “kata ketua program,Dr Rozihan Mansor.

Seminar ini merupakan siri ke-2 Hari Bersama Penternak 2017 yang dianjurkan oleh Jawatankuasa (JK) Ladang Angkat, Fakulti Perubatan Veterinar (FPV), Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 7 September 2017 di FPV bagi mencapai objektif MyOHUN Community based Extension Project.

Program yang melibatkan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Negeri Selangor ini diketuai oleh Dr Rozaihan Mansor. Peserta program seramai 20 terdiri daripada penternak Ladang Angkat dan juga penternak ruminan di sekitar Selangor.

Kemaskini:: 05/10/2017 [noridahanim]

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389471601
0389451596
C1513135726