Banner RMC

Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) telah ditubuhkan pada bulan Mei 2000 bagi menggantikan Unit Penyelidikan Universiti (UPU) yang telah ditubuhkan dalam tahun 1992. Penubuhan pusat ini bertujuan untuk memartabatkan pengurusan penyelidikan di universiti ini, menghasilkan impak penyelidikan secara menyeluruh, meningkatkan hubungan dan menjalin kerjasama penyelidikan dengan universiti-universiti bertaraf dunia.

RMC berperanan untuk mengukuhkan sistem pengurusan penyelidikan dari semasa ke semasa dengan melipat-gandakan usaha-usaha ke arah penyelidikan dan pembangunan (R&D); meningkatkan produktiviti dan tahap kecekapan; dan menghasilkan penemuan penyelidikan yang berkualiti tingggi. RMC juga berperanan meningkatkan kerjasama dalam bidang R&D antara agensi awam dan sektor swasta serta memacu pengkomersilan hasil-hasil penyelidikan yang dijalankan.

Lanjutan Aug 19, 2008
Kolokium Penyelidikan Pensyarah Lantikan Baharu

Lanjutan Aug 6, 2008
Pelawaan Permohonan Skim Insentif Penyelidikan Sukan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)

Lanjutan Jul 3, 2008
Pameran Rekacipta, Penyelidikan dan Inovasi 2008