PEMANTAUAN PROJEK PENYELIDIKAN
Bahagian ini menyelaras proses pemantauan dan pembentangan projek penyelidikan selaras dengan keperluan Sistem Pengurusan Kualiti UPM dan tatacara pihak penaja.
Fungsi Bahagian:
- Menyediakan senarai projek untuk dipantau dan maklumat status penghantaran laporan
- Mengurus pelaporan prestasi (kemajuan/akhir) projek penyelidikan
- Memastikan pelaksanaan projek adalah sepertimana yang telah dimuktamadkan dalam perjanjian penyelidikan
- Menyelaras pembentangan projek penyelidikan berdasarkan keperluan penaja
- Mengemaskini maklumat pencapaian projek