STAF

Setiap staf RMC komited untuk meningkatkan produktiviti serta merealisasi visi UPM menjadi sebuah universiti bereputasi antarabangsa. Penyampaian perkhidmatan yang cekap, telus dan konsisten kepada pelanggan adalah janji kami.

Bagi merealisasi visi UPM menjadi sebuah universiti bereputasi antarabangsa, nilai kecemerlangan adalah penting dalam penyampaian perkhidmatan yang cekap, telus dan konsisten kepada pelanggan yang berurusan di RMC. Justeru, setiap staf mempunyai peranan masing-masing bagi memastikan tanggungjawab serta komitmen dilaksanakan agar dapat menyumbang bagi peningkatan produktiviti.

Terdapat 25 orang staf di RMC yang terdiri daripada Pengarah, dua (2) orang Timbalan Pengarah, dua (2) Pegawai Tadbir, dua (2) Pegawai Penyelidik, lima (5) Pegawai Eksekutif,  dan 13 orang dari kumpulan pelaksana.

 

*Carta organisasi lengkap boleh dirujuk pada menu setiap Bahagian/Seksyen