Sukacita dimaklumkan bahawa Malaysia menerusi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) merupakan ahli kepada International Centre for Genetic Engineering and Biotechnology (ICGEB). ICGEB merupakan sebuah pertubuhan antarabangsa yang membantu negara-negara membangun dalam bidang penyelidikan dan latihan berkaitan kejuruteraan genetik serta bioteknologi.
ICGEB telah membuka permohonan bagi Collaborative Research Programme (CRP) – ICGEB Research Grants dan CRP-ICGEB Early Career Return Grants bagi tahun 2023. Fokus bidang penyelidikan bagi pembiayaan yang ditawarkan adalah dalam bidang berikut:
(i) Basic Life Sciences
(ii) Human Healthcare;
(iii) Industrial & Agricultural Biotechnology; dan
(iv) Bioenergy.
Maklumat lanjut berkenaan syarat-syarat dan kelayakan permohonan bagi pembiayaan yang ditawarkan adalah seperti di pautan https://www.icgeb.org/
Sekiranya berminat untuk memohon dana penyelidikan tersebut. Semua permohonan bolehlah dilaksanakan secara online di link https://isg.icgeb.org/
Date of Input: 31/01/2023 | Updated: 31/01/2023 | fikri.munir
Office of The Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)
Level 5
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang, Selangor