Bengkel Pemantapan & Integrasi Proposal 2019 | PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN
» BERITA » Bengkel Pemantapan & Integrasi Proposal 2019

Bengkel Pemantapan & Integrasi Proposal 2019

11 Oktober 2019 – Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC), telah menganjurkan Bengkel Pemantapan & Integrasi Proposal FRGS 2019 dengan kerjasama Fakulti Kejuruteraan, UPM. Bengkel ini diadakan bertempat di bilik tutorial 10 dan bilik tutorial 12, Fakulti Kejuteraan.
Peserta yang hadir akan dibahagikan kepada dua slot. Slot pertama ialah mengenai cara untuk memantapkan lagi proposal serta bimbingan kepada peserta. Bengkel ini disampaikan oleh penceramah yang berpengalaman iaitu Prof. Dr. Mohd. Adzir Bin. Mahdi dan Prof. Dr. Luqman Chuah Abdullah. Slot yang kedua ialah sesi pemurnian proposal yang dimana panel yang turut terlibat ialah Prof. Dr. Wong Su Luan dan Timbalan Pengarah Bahagian Geran Penyelidikan iaitu Prof. Dr. Goh Yoh Meng.
Penganjuran bengkel ini adalah untuk membantu pemohon-pemohon yang tidak berjaya memperoleh Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) 1/2019 dari Kementerian Pelajaran Malaysia yang lalu. Selain itu, bengkel ini juga turut memberi bimbingan bagi membantu memantapkan dan mengintegrasi proposal Trans-Disciplinari (Teknologi, Kejuteraan,, ICT dan Ekonomi) yang berpotensi untuk memohon geran TRGS atau geran agensi kerajaan lain yang bersesuaian. Sehubungan itu, Pejabat Timbalan Dekan Penyelidikan, Fakulti Kejuteraan sedang menjalankan analisis terhadap komen-komen panel penilai KPM yang tidak diluluskan untuk mengenalpasti kelemahan-kelemahan penyelidik. Hasil analisis akan dikongsikan kepada penyelidik bagi memberi gambaran sebenar tahap kemahiran pemohon.
Semoga penganjuran Bengkel Pemantapan & Integrasi Proposal ini dapat membantu penyelidik mendapat input serta penambahbaikan dalam memantapkan lagi proposal akan datang.

Tarikh Input: 31/10/2019 | Kemaskini: 31/10/2019 | noorazwana

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1610
03-9769 1610
SXFHIAq~